Gambar Nong Belle 1 hari
Sebelum terlupa baik meimei catatkan saat kelahiran Nong Belle dulu.
Nong Belle dijangka akan bersalin pada 14 December 2009.Pada 14 November 2009, meimei cakap ngan an, lagi sebulan kita boleh jumpa bb kita.:P
14 & 15 November 2009 meimei n an pun kluar la shopping barang bb kononnya shopping kali terakhir la coz semua barang dah beli. Kali ni shopping cuma barang2 yang tertinggal sahaja.
Malam tu meimei tgk tv seperti biasa sambil makan buah mangga masam dengan banyaknya. Hmm sedap....(malam2 buta kul 11 malam duk mkn mangga). Pukul 12 malam meimei pun masuk tido. Pukul 2 pagi, meimei rasa macam nak buang air besar. Meimei pun anggap sebab maka buah mangga malam tadi kot, so pergi la toilet. Tapi sampai saja toilet perasaan tu pun hilang.
Apa lagi, cepat-cepat la masuk tido nanti rugi kanbesok nak bgn gi keja. Bila nak lelap, PERASAAN NAK BUANG AIR BESAR tu datang lagi, meimei buat buduh jer.... Mana tau kejap dia datang n kejap dia pergi. Dalam hati marah la plak coz main2 la plak. Klu nak buang, buang jer la..
Ntahhh.... camne, terfikir la plak mungkin ka nie tanda2 nak bersalin... Tetiba terasa la ada air keluar sikit telah menguatkan tanggapan bahawa meimei akan bersalin. Tengok jam baru kul 3 pagi, pusing tgk an... huh sedapnya dia tido.
Kul 3.20 pagi, meimei bangun baca buku mengenai kelahiran.... Nak call nak n auntie, diaorg tgk tido.. kang terkejut la plak.. Habis baca buku... sah meimei akan bersalin tak lama lagi coz tanda2nya dah ada.
Apa lagi, meimei pun bgtau an. An pun kemas la barang apa yg patut nak bw ke hospital. Semua brg meimei dah kemas baik2 coz nak bw balik kg la kunun. Sian an, kemas barang dengan perasaan panik, pegang itu tak betul, ini tak betul... Meimei plak sempat la pulak gi mandi, cuci rambut n tak lupa plak tu sarapan pagi dulu dalam kul 4.30 pg. Takut lapar punyer pasal. hehehe... Lucu pun ada..
Sampai kat HTAA kul 5.00 pagi. Keluar la 2 org doktor muda dengan tahi mata check meimei. Pada hari tu bb meimei baru 36 minggu 2 hari... Ada ka patut doktor tu tanye "kak ada salah kira tak". Macam la kita ni buduh sangat huh.... Lepas check kontraksi semua, pintu rahim meimei dah buka 6cm.
Jam menunjukkan kul 7.00 pagi, nurse nak bw meimei masuk bilik bersalin. Tengok nama bilik DEWAN BERSALIN.... hUH.. gerunnya.... Sebelum masuk sempat plak mintak tepon kat an msg bos kata dah nak bersalin.
Lepas masuk dewan bersalin, meimei diperiksa oleh doktor lelaki india. Ini lagi satu, ada ka patut tanye air ketuban dah pecah ker... Mane la meimei tau, so meimei pun bgtau je la dia kata ada keluar air tapi sikit sajer.. Benci betul doktor yg kurang pengalaman nie... Tanye plak soalan buduh...
Nasib baik la, datang doktor pakar pompuan kul 7.20 pagi. Dia check, pintu rahim meimei dah buka 10cm. So dah boleh bersalin. Nurse plak tanye meimei, an nak masuk tengok tak... meimei cakap tak tau, coz an belum decide masa meimei tanye sebelum nie. Dia kata sampai masa nanti baru tau...
Last2 nampak la batang hidung an masuk bilik bersalin.. Happynya.....
7.30 pagi, meimei disuruh bersalin..... Bidan bag masa 30 minit jer untuk meimei bersalin. Tapi masalahnya, meimei dah tak rasa sakit sekarang. So macam mane nak teran...
Apa lagi meimei kena masuk ubat la. Baru berapa minit masuk ubat, kontraksinya pun datang..
Apa lagi semua org suruh meimei teran...Adoiii.... tak larat teran la... bila tarik nafas bb masuk balik...
meimei hanya ada 10 minit lagi.. hasil sokongan an & staffs HTAA, MEIMEI pun berjaya mengeluarkan bb pada pukul 7.54 pagi.. dengan berat 2.935 kg...
Leganya.......
No comments:
Post a Comment